MINGGU 3

TAJUK 3 : Aplikasi Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet

Aplikasi Garis Panduan & Etika Penggunaan Internet



ETIKA KOMPUTER
ü Etika komputer umumnya adalah satu bidang mengenai penggunaan komputer yang betul (panduan).
ü Hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian adalah antara isu/dilema yang membabitkan etika penggunaan komputer dalam era maklumat
MASALAH MORAL DAN ETIKA
Terdapat beberapa masalah moral dan etika yang sering berlaku iaitu:
  •  Penggertak
  • Penyalahgunaan internet
  •  Virus
  •  Hak cipta
  • Perisian cetak Rompak


Penggertak:
·   Cracker ialah golongan yang menceroboh ke dalam sistem komputer dan merosakkan sistem yang ada dengan tujuan utama membuat keuntungan.
·   Cracker tidak menulis program untuk membangunkan perisian tetapi menggunakanperisian yang dibangunkan orang lain untuk tujuankemusnahan
Penyalahgunaan internet
· Konsep ‘langit terbuka’ yang dilaksanakan oleh negara kita telah mengundang banyak implikasi buruk kepada para pengguna Internet terutamanya di kalangan remaja.
Virus:
· Penyebaran virus - merosakkan sistem, data, perisian,melumpuhkan rangkaian computer.
Hak cipta terpelihara
· Memuat turun sebarang perisian atau dokumen tanpa kebenaran adalah salah dari segi undang-undang hakcipta. Keizinan daripada pemiliknya adalah perlu

Perisian cetak rompak:
  • Maklumat yang diperolehi yang tidak mendapat kebenaran pemilik asal untuk dibuat cetakan secara tulisan dan audio visual

PRINSIP ETIKA KOMPUTER
 Keseimbangan
 keizinan temaklum
 keadilan
 Meminimum-kan risiko
PANDUAN KEPADA PENGGUNA KOMPUTER ADALAH SEPERTI BERIKUT
1. Tidak menggunakan komputer untuk membahayakan orang lain.
2. Tidak mengganggu kerja komputer orang lain.
3. Tidak menceroboh masuk fail komputer lain.
4. Tidak menggunakan komputer untuk mencuri.
5. Tidak menggunakan komputer untuk menipu.
6. Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah
7. Tidak menggunakan sumber dari komputer orang lain tanpa kebenaran.
8. Tidak mengambil hasil intelektual orang lain untuk diri sendiri.
9. Memikirkan kesan sosial program atau sistem yang dibangunkan.
10. Gunakanlah komputer dengan timbang rasa dan hormat kepada manusia lain.

CARA MEMBUAT BROSUR MENGGUNAKAN MICROSOFT PUBLISHER
1. Bukakan Microsoft Publisher 2007.
1.

. Setelah application sudah dibuka screen akan memaparkan gambar seperti berikut, kemudianpilih BROCHURE.
3. Langkah seterusnya pilih design yang anda minat( mengikut kesesuaian brosur).contoh design yang dipilih ialah Bubble


Padamkan gambar-gambar atau maklumat yang tidak diperlukan. Setelah itu letakkan pula logo atau gambar yang anda perlukan. Contoh gambar ialah Logo Syarikat




Setelah itu masukkan butiran seperti:
  •  Tajuk program yang akan diadakan
  •  Nama penaja
  • Tarikh dan hari program akan diadakan
  • Aktiviti yang akan dijalankan
  • Matlamat program dan lain-lain butiran yang diperlukan






1. Proses seterusnya ialah proses untuk mencantikkan brosur anda.Ini bertujuan untuk menarik minat orang ramai untuk membaca brosur anda